mcmc
INFO Pi1M

Operasi buru sarang nyamuk di Port Dickson

Sembur

#Covid19

#StayAtHome

#StayHealthy

 

Pasukan kawalan penyakit bawaan Vektor PKD PD menemui tempat pembiakan jentik2 aedes yg banyak di kawasan tanah lapang.

Kawasan ini dijadikan kebun, tempat letak reban ayam oleh penduduk. Kami memohon supaya semua Penduduk Port Dickson tidak mementingkan diri sendiri.

Perbuatan ini merbahayakan penduduk yg lain kerana peningkatan jumlah nyamuk aedes yg tinggi akan menyebabkan kawasan kediaman kita boleh menjadi kawasan wabak demam denggi.

Dalam masa kita risaukan jangkitan COVID19 penyakit Demam Denggi juga masih berlaku akibat kelalaian kita sendiri.

Jom kita hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Periksa rumah luar dan dalam 10 minit seminggu sekali ataupon hari2 seperti di kolah mandi, bekas simpanan air, bekas plastik menakung air.

Pesanan dan ingatan:

Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson.